press freedom | kebebasan akhbar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah. |
adverse event report | laporan peristiwa mudarat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen tentang sebarang tindak balas yang tidak dijangka oleh pengguna atau subjek kajian klinikal yang disebabkan oleh produk herba. Semua peristiwa mudarat yang serius harus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kejadian mudarat yang menyebabkan kematian atau yang mengancam nyawa harus segera dilaporkan melalui telefon, faks, e-mel atau secara bertulis. Di Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Tindak Balas Ubat Mudarat Malaysia (MADRAC), iaitu jawatankuasa kecil Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), bertanggungjawab mengulas atau mengkaji semula semua laporan peristiwa mudarat. |