catenane | katenana | Fizik | Nanoteknologi | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
locking hubs | hab mengunci | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Hab yang boleh dimasukkan dan dikeluarkan dari gear pemacu, supaya bahagian gandar depan tidak digunakan untuk memacu (bebas) sementara kenderaan dipacu oleh dua roda belakang. |
wing-nut | nat sayap | Sukan | Lumba Basikal | Nat berkepak untuk mengunci aci roda. |
valve spring retainer lock | pengunci penahan pegas injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang digunakan untuk mengunci batang injap pada penahan pegas injap supaya pegas sentiasa berada tetap pada kedudukannya. Komponen ini berbentuk silinder tirus yang terpisah kepada dua bahagian dan mempunyai bonggol gegelang di tengahnya untuk dipasangkan pada batang injap dan penahan pegas injap. |
seatpost binder bolt | skru kunci tiang tempat duduk | Sukan | Lumba Basikal | Skru yang digunakan untuk mengunci tiang tempat duduk. |
steering and ignition lock | kunci stereng dan pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk mengunci kunci pencucuh dan bahagian stereng supaya tidak dapat dipulas apabila diletakkan pada kedudukan mati. |
ignition switch | suis pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis yang dikendalikan dengan kunci untuk menyambung dan memutuskan kitar serta mengunci stereng kereta. |
valve spring retainer lock | pengunci pemegang pegas injap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat pengunci yang diletakkan pada batang injap untuk mengunci pemegang pegas. |
covert storage channel | saluran storan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
valve spring retainer | penahan pegas injap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang digunakan untuk memegang pegas injap pada batang injap. Penahan ini dibentuk daripada satu kepingan bu- lat dan silinder dengan satu alur lilitan di tengahnya. Alur ini berfungsi untuk mengunci penutup injap dengan menggunakan satu komponen pengunci. |