showrooming | tinjau bilik pameran | Umum | Tiada | Amalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |
showroomer | peninjau bilik pameran | Umum | Tiada | Pembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |
webrooming | tinjau bilik pameran maya | Umum | Tiada | Amalan mengunjungi kedai dalam talian untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal. |
domestic excursionist | pelawat harian domestik | Pelancongan | Tiada | Pelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
kinship motivator | penggerak pertalian keluarga | Pelancongan | Tiada | Pendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan. |
hard tourist | pelancong utama | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang kerap dilakukan pelancong lain atau mengunjungi tempat yang kerap dilawati pelancong lain. |
lament | rintihan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi. |
doorstep banking | perbankan depan pintu | Perbankan | Tiada | Kemudahan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk melakukan aktiviti perbankan seperti pembukaan akaun, deposit tunai, pengeluaran tunai dan deposit cek tanpa perlu mengunjungi cawangan bank. |