Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuntum1 (kata nama)
1. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan kudup, kudu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gadis sunti

Kata Terbitan : menguntum, menguntumkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieresispemenggalanKesusasteraanPuisiMemotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut.
iconic symbollambang ikonikKesusasteraanPuisiLambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum.

Kembali ke atas