Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : menjadi kurus, merana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rus] | مڠوروس

Definisi : 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurus (adjektif)
Bersinonim dengan kecil, kedengkik, lampai, renjong, halus, renceng, kering, cengkung, kotai;,
Kata Terbitan : mengurus, menguruskan, kekurusan,

Peribahasa

Si rabun memimpin si buta.

Bermaksud :

Diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supply managementpengurusan bekalanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTindakan untuk mengenal pasti, memperoleh dan mengurus sumber penting bagi operasi sesebuah organisasi. Tujuan utama pengurusan bekalan adalah untuk mengawal kos, mengekalkan kelestarian, membekalkan sumber yang cekap, mengurus risiko dan mengumpul maklumat yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang strategik.
Council of RulersMajIis Raja-rajaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja.
self carepengurusan diriKejururawatanTiadaTindakan mengurus penjagaan diri seperti keterampilan, kebersihan, berpakaian, pemakanan, perkumuhan dan sebagainya.
self-reliant actionstindakan berdikariKejururawatanTiadaTindakan mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
administrative procedureprosedur pentadbiranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan.
psychiatric social workerpegawai kebajikan psikiatriPerubatanPsikiatriPegawai yang bertugas untuk mengatur dan mengurus masalah psikososial pesakit psikiatri.
consumer-oriented marketingpemasaran orientasi penggunaPentadbiranTiadaPrinsip pemasaran yang menyatakan bahawa syarikat harus mengurus aktiviti pemasaran dari sudut pandangan pengguna.
virtual learning environment (VLE)persekitaran pembelajaran maya (VLE)Teknologi Maklumate-PembelajaranSistem yang membolehkan pengajar mengurus tadbir pembelajaran termasuk memuat naik bahan pembelajaran, menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran, memantau pencapaian pelajar, berinteraksi dengan pelajar dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dengan mata pelajaran atau kursus tersebut.
learning object repository (LOR)repositori objek pembelajaran (LOR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPerpustakaan digital yang menyimpan, mengurus dan mengongsi sumber pembelajaran atau objek pembelajaran. Objek-objek ini berbentuk kuiz, persembahan slaid, imej, klip video, dokumen atau fail yang digunakan sebagai bahan pembelajaran dan kandungan kursus bagi pembelajaran dalam talian.
laboratory information system (LIS)sistem maklumat makmal (LIS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang dibangunkan untuk merekod, mengurus dan menyimpan data untuk kegunaan makmal klinikal. Fungsi utama sistem ini merangkumi pendaftaran permohonan ujian, penghasilan label dan lampiran kerja, pengeluaran keputusan ujian secara automatik, pengesahan keputusan ujian, dan penyimpanan data ujian ke dalam pangkalan data yang khusus. Sistem ini juga boleh saling kendali dengan sistem maklumat hospital (HIS) dan rekod kesihatan elektronik (EHR) pesakit.
123

Kembali ke atas