Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prognosisprognosisPerubatanPsikiatriRamalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutama setelah pesakit menjalani rawatan.
intermediate herbal productproduk herba perantaraanHerbaTiadaSebarang produk herba separa terproses yang perlu menjalani langkah pengeluaran seterusnya sebelum menjadi produk akhir. Contohnya, ekstrak tongkat ali dan misai kucing.
swabbing certificatesijil calitanKesihatan AwamTiadaKeputusan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan apabila selesai menjalani ujian calitan.
swabbing certificatesijil calitanKesihatan AwamTiadaKeputusan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan apabila selesai menjalani ujian calitan.
intermediate productproduk perantaraanHerbaPeraturan dan PemasaranSebarang bahan atau campuran bahan herba yang perlu menjalani satu atau lebih peringkat pemprosesan sebelum menjadi produk pukal.
guidance hypothesishipotesis panduanSains SukanBiomekanikRamalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor.
bulk herbal productproduk herba pukalHerbaTiadaBahan herba mentah atau produk herba terformulasi dalam jumlah besar yang telah selesai menjalani semua peringkat pemprosesan kecuali peringkat pembungkusan produk akhir.
prison suicidebunuh diri di penjaraKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri yang berlaku dalam tahanan di bawah kuasa perundangan semasa menjalani hukuman atau perbicaraan kerana kesalahan jenayah.
star nanospherenanosfera bintangFizikNanoteknologiBahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu.
hairy nanospherenanosfera berbuluFizikNanoteknologiNanosfera bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer pendek yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan berbulu. Nanosfera berbulu digunakan untuk membuang sebatian organik di dalam air. Banding nanosfera bintang.
12

Kembali ke atas