Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.lar] | منجالر

Definisi : 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
encrusting coralkarang menjalarSains MarinTiadaBentuknya seperti kerak, iaitu struktur karang yang menyerupai dasar terumbu dengan permukaan yang kasar dan keras serta berlubang kecil.
stoloniferous herbherba berstolonHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai batang sisi yang memanjang dan menghasilkan anak baharu serta menjalar. Contohnya, kesum (Polygonum minus), pegaga (Centella asiatica) dan patawali (Tinospora crispa).
coral growth formbentuk pertumbuhan karangSains MarinTiadaPengkelasan organisma karang skleraktina atau karang keras yang dibuat berdasarkan bentuk dan struktur morfologinya. Pengkelasan ini terdiri daripada karang bercabang, karang masif, karang menjalar, karang submasif, karang folios, karang cendawan, karang milepora dan karang heliopora.

Kembali ke atas