Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bid bondbon bidainsuransTiadaBon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan.
contract bondbon kontrakinsuransTiadaBon yang menjamin prestasi pelaksanaan dan pembayaran kos buruh serta bahan yang berkaitan dengan sesuatu kontrak binaan. Bon pertama dikenali sebagai bon prestasi dan yang kedua ialah bon pembayaran.
licence bondbon leseninsuransTiadaBon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen.
nonparticipation limitpolisi tanpa sertaaninsuransTiadaPolisi yang menjamin kos sebenar dengan lebih awal. Polisi ini dikenali sebagai tanpa sertaan disebabkan tidak mempunyai dividen. Polisi tanpa sertaan diurus niaga oleh syarikat insurans stok. Polisi dengan sertaan pula diurus niaga oleh syarikat insurans bersama. Syarikat stok, walau bagaimanapun boleh mengeluarkan polisi insurans sertaan.
conditional faretambang bersyaratPelanconganTiadaTambang penerbangan yang menjamin tempat duduk pada penerbangan seterusnya, sekiranya penerbangan semasa penuh.
advance payment bondbon bayaran pendahuluaninsuransTiadaBon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak setelah diberi wang pendahuluan.
general mortgage bondbon gadai janji aminsuransTiadaInstrumen kewangan yang menjamin tanggungjawab yang diperolehi melalui gadai janji, tetapi didahului oleh terbitan yang lebih utama.
jeopardy assessment bondbon taksiran ancamaninsuransTiadaBon yang diperlukan untuk menjamin bayaran cukai pendapatan.
immediate participation guaranteed planpelan sertaan segera terjamininsuransTiadaKontrak yang menjamin insured menyertai suatu skim pencen yang mengambil kira pengalaman sebenar dari segi kemortalan, belanja, faedah, pendapatan untung/rugi akibat jualan harta-harta pelaburan.
herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
1234

Kembali ke atas