Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.na.kan] | منجاناکن

Definisi : menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.na.kan] | منجاناکن

Definisi : menghasilkan; mengeluarkan: ~ kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alternatorpengulang-alikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang menjanakan arus ulang-alik.
individual risk theoryteori risiko individuinsuransTiadaTeori berhubung dengan proses rawak yang menjanakan tuntutan untuk polisi individu.
power plant insuranceinsurans loji kuasainsuransTiadaPolisi yang memberi perlindungan kepada loji yang menjanakan kuasa elektrik ke atas kerugian disebabkan oleh peril yang ditetapkan.
password generation systemsistem penjanaan kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau komponen sistem pengendalian yang menjanakan rentetan aksara secara rawak yang boleh digunakan sebagai kata laluan pengguna. Rentetan yang dijana adalah mengikut penetapan pengguna seperti bilangan aksara dan nisbah antara huruf, nombor dan aksara khas yang sepatutnya ada dalam kata laluan.
intake strokelejang pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari kedudukan takat terakhir atas sehingga ke kedudukan takat terakhir bawah. Semasa lejang pengambilan ini beroperasi, injap pengambilan terbuka dan injap ekzos terutup. Ini menjanakan tekanan yang rendah dalam silinder enjin dan menyebabkan udara atau campuran udara-bahan api disedut ke dalam silinder. Proses ini dirujuk sebagai aruhan, Sinonim lejang aruhan.
production areakawasan pembuatanHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Bangunan, kemudahan dan peralatan di dalam kawasan pembuatan ini perlu dibina, diurus dan diselenggara menurut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Kawasan memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang boleh menjanakan habuk, wap atau wasap seperti di tempat pengisaran, pemanasan atau perebusan perlu mempunyai ekzos udara. Aktiviti pensampelan, penimbangan, pengadunan dan pemprosesan perlu dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kontaminasi silang.
cipher block chainingperantaian blok siferTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMod blok sifer yang meningkatkan mod buku kod elektronik dengan merantai kesemua blok teks sifer yang terhasil dan dikendalikan pada segmen teks biasa yang mempunyai panjang pemboleh ubah kurang atau sama dengan panjang blok. Mod ini dilaksanakan dengan menggunakan segmen teks sifer yang dijanakan terdahulu sebagai input algoritma, iaitu dengan menginput kembali teks sifer bagi menjanakan satu blok output. Seterusnya, blok output ini digabungkan melalui OR eksklusif (NOR) dengan segmen teks biasa yang berikutnya, iaitu kurang daripada panjang blok untuk membentuk segmen teks sifer yang berikutnya.

Kembali ke atas