fuel blending | adunan bahan api | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Campuran bahan bakar daripada pelbagai sumber untuk meningkatkan kecekapan pembakaran, menjimatkan kos dan memudahkan pengendalian. |
pinch technology | teknologi jepitan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah sistematik yang digunakan secara menyeluruh dalam kejuruteraan proses berdasarkan prinsip termodinamik. Teknologi jepitan digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga melalui teknologi pemindahan haba. |
e-consultation | e-perundingan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah perbincangan yang dilakukan secara elektronik tanpa bersemuka. E-perundingan membolehkan rekod kesihatan elektronik (EHR) dikongsi antara pesakit dengan pengamal perubatan secara dalam talian. Kaedah ini menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan berkenaan dengan kesihatan dan penyakit seseorang. |
high-throughput epigenome data | data epigenom keupayaan celusan tinggi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Data epigenom yang dihasilkan daripada kaedah keupayaan celusan tinggi. Kaedah keupayaan celusan tinggi merujuk kepada teknologi penjujukan DNA dan RNA yang pantas dan menjimatkan. |
pharmacy information management system | sistem pengurusan maklumat farmasi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menguruskan bahan dan ubat-ubatan dalam Unit Farmasi untuk memastikan kuantiti ubat-ubatan dan bahan guna habis mencukupi. Sistem ini membantu meningkatkan kecekapan kerja klinikal dan dapat memproses preskripsi dengan berkesan. Sistem ini juga membantu menjimatkan masa dan sumber, memudahkan akses kepada ubat-ubatan dan menjamin keselamatan data. |
lever systems | sistem tuas | Sains Sukan | Biomekanik | Suatu sistem mekanikal yang menyatakan kedudukan relatif antara beban, daya dan fulkrum. Terdapat tiga kelas tuas, iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Pengelasan tuas ditentukan oleh komponen yang berada di tengah sistem. Pada sistem mekanikal manusia, tulangtulang bertindak sebagai tuas, sendi sebagai fulkrum, dan otot menjana daya yang diperlukan untuk mengatasi beban. Secara umumnya, tuas kelas pertama berfungsi untuk keseimbangan, tuas kelas kedua berfungsi untuk menjimatkan daya dan tuas kelas ketiga berfungsi untuk menghasilkan kelajuan dan julat pergerakan yang besar. |
self-cleaning window | tingkap swacuci | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci. |