Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sin.té.sis.kan] | منسينتيسيسکن

Definisi : melakukan sintesis, menyatu­kan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.sin.té.sis.kan] | منسينتيسيسکن

Definisi : meng­gabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensintesiskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autotrophic algaealga autotrofikSains MarinTiadaAlga yang dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan mensintesiskan bahan organik menggunakan sumber tenaga daripada matahari (fotosintesis) atau tenaga kimia (kemosintesis). Banding alga heterotrofik.
mixotrophic algaealga miksotrofikSains MarinTiadaKumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya.

Kembali ke atas