drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yunani dran yang bermaksud �melakukan, melakonkan, atau mencapai. |
youth offender | pesalah belia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang dikelaskan sebagai belia mengikut undang-undang. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. |
young offender | pesalah muda | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang dikelaskan sebagai kanak-kanak mengikut undang-undang. Contohnya, di Malaysia, akta kanak-kanak mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. |
child offender | pesalah kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang dikelaskan sebagai kanak-kanak mengikut undang-undang. Contohnya, di Malaysia, akta kanak-kanak mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. |
youth violence | keganasan belia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kekerasan yang dilakukan oleh individu dalam lingkungan umur yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai belia. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. |
central place theory | teori petempatan pusat | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Teori yang diperkenalkan oleh Walter Christaller yang cuba menghubungkan petempatan-petempatan pusat dengan daerah pedalamannya dan mentakrifkan petempatan pusat sebagai petempatan yang menyediakan perkhidmatan bagi penduduk daerah tersebut. |
commonwealth | Komanwel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria. |
Cartesian coordinate system | sistem koordinat Cartes | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem untuk menilai posisi satu titik dalam ruang dua atau tiga dimensi. Penilaian posisi atau titik ini ditentukan melalui satu satah menerusi dua nombor yang dikenali sebagai koordinatx dan koordinat-y suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu, dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada keduadua paksi. Sistem koordinat Cartes juga digunakan dalam ruang (iaitu, tiga koordinat digunakan) dan dalam dimensi yang lebih tinggi. |