القاذف | penuduh zina | Agama Islam | Fiqh | Seseorang yang menuduh orang lain berzina. |
victim game | mainan aniaya | Pentadbiran | Tiada | Peranan yang dimainkan individu untuk menuduh, melambatkan, membuat kesilapan, dan meminta maaf dalam mengekspolitasi orang lain supaya simpati kepadanya. |
self serving bias | bias swadiri | Pentadbiran | Tiada | Kecenderungan individu merujuk faktor dalaman yang menyebabkan kejayaannya dan menuduh faktor luaran jika berlaku kegagalan pada dirinya. |
الملاعن | peli‘an | Agama Islam | Fiqh | Suami isteri yang bersumpah dengan nama Allah agar Allah melaknat dirinya jika ia berbohong menuduh isterinya berzina. |
false positive | positif palsu | Sains Forensik | Tiada | Keputusan ujian yang silap tetapi ditunjukkan sebagai positif disebabkan oleh pengendalian ujian yang tidak sempurna. Dalam konteks forensik, kesilapan ini boleh menyebabkan rangkuman yang salah dan mempunyai implikasi untuk menuduh orang yang tidak bersalah. |
Nazism | fahaman Nazi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Doktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerm |