Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari Jeram menuju ke Bentan,
     Singgah bermalam di Tanjung Jati;
Orang karam di tengah lautan,
     Hamba karam di hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oviductoviduktusPerikananAkuakulturSaluran pembiakan, iaitu liang yang menuju ke arah gonad ikan, sama ada testis atau ovari.
approach roadjalan tujuPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaJalan menuju ke persimpangan atau persilangan.
en routedalam perjalananPelanconganTiadaPerihal sesuatu atau individu yang sedang bergerak menuju ke suatu destinasi tertentu.
falling actionaksi menurunKesusasteraanTiadaBahagian plot dalam drama atau naratif yang menyusul klimaks dan menuju ke arah peleraian cerita. Lihat juga peleraian, puncak, resolusi. Banding aksi menaik.
ordinary raysinar biasaFizikTiadaSalah satu daripada dua sinar yang diperolehi dalam pembelahan sinar yang menuju ke hablur ekapaksi yang tak isotrop. Sinar ini mematuhi hukum biasan. bd. sinar luar biasa.
footgolfgolf sepakSukanTiadaPermainan yang dimainkan di padang golf dengan menggunakan kaki dan pemain akan menyepak bola menuju ke lubang yang telah ditetapkan.
footgolfgolf sepakSukanTiadaPermainan yang dimainkan di padang golf dengan menggunakan kaki dan pemain akan menyepak bola menuju ke lubang yang telah ditetapkan.
turning pointtitik perubahanKesusasteraanTiadaDetik dalam naratif atau drama apabila cerita mencapai klimaks, kemudian berubah arah dan mula menurun menuju ke bahagian akhir. Titik perubahan ini dapat dilihat, contohnya pada nasib protagonis yang bertukar daripada baik kepada buruk, atau sebaliknya. Aristotle merujuk perubahan nasib ini sebagai peripeteia. Lihat juga krisis, peripeteia, puncak.
octastichastabarisKesusasteraanPuisiSesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat.
verbless poetrypuisi tanpa kata kerjaKesusasteraanTiadaPuisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian.
12

Kembali ke atas