atomisation | pengatoman | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses menukar cecair menjadi atom atau zarah seni. Cecair yang mengalami proses ini ialah bahan api seperti petrol dan diesel. Zarah seni bercampur dengan udara yang mengandungi oksigen dan campuran ini dinyalakan untuk menghasilkan haba dalam kitar kuasa. |
transsexualism | transeksualisme | Perubatan | Psikiatri | Kecenderungan individu untuk menukar jantina asalnya kepada jantina yang sebaliknya. Transeksualisme boleh mendorong individu tersebut untuk melakukan pembedahan atau terapi hormon. |
deflecting offenders | pemesongan pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan menukar haluan pesalah atau orang yang berpotensi menjadi pesalah daripada melakukan jenayah. Perbuatan ini dilakukan dengan menghalang penjenayah daripada mencapai matlamatnya seperti meningkatkan tahap keselamatan sasaran. Tindakan ini termasuklah usaha untuk mengalihkan pesalah daripada laluan jenayah seperti menyediakan pemulihan tanpa penahanan. |
engine | enjin | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mesin yang menukar tenaga haba menjadi tenaga mekanikal. |
foreign currency exchange | pertukaran mata wang asing | Pelancongan | Tiada | Kaedah menukar nilai mata wang antara sesebuah negara dengan negara yang lain. |
bureau-de-change | biro pertukaran wang | Pelancongan | Tiada | Tempat untuk menukar mata wang asing. |
pedestrianization | sistem pejalan kaki | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses menukar sebahagian daripada jalan di pusat bandar menjadi kawasan khas untuk pejalan kaki. |
abuse | salah gunaan | Sains Kesihatan | Tiada | Penggunaan dadah yang disalahgunakan yang dapat menukar mood dan tingkah laku. |
administrative procedure | prosedur pentadbiran | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan. |
image magnification | pembesaran imej | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses menukar imej radiograf menjadi lebih besar daripada asal apabila jarak antara bahan uji dengan filem dibesarkan dan jarak titik fokus dengan objek dipendekkan. Kaedah ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin sinar-X bertitik fokus mikro. Formula bagi pembesaran adalah seperti yang berikut: M = (a+b)/a, M = pembesaran, a = jarak antara titik fokus ke objek, b = jarak antara objek ke pengesan imej. |