Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acute batteringpukulan akutKriminologiKeadilan JenayahSerangan fizikal yang melibatkan sentuhan kekerasan, termasuklah memukul, menumbuk atau menampar mangsa. Serangan tersebut berlaku tanpa dapat diramal oleh mangsa dan di luar kawalan mangsa.
aggravated batteryserang sentuh terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang melibatkan sentuhan fizikal yang teruk seperti memukul, menumbuk atau menampar, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Serangan ini juga boleh berlaku dengan menggunakan senjata seperti pisau atau objek tumpul.
acute battering phasefasa pukulan akutKriminologiKeadilan JenayahFasa serangan fizikal yang melibatkan sentuhan kekerasan, termasuklah memukul, menumbuk atau menampar mangsa. Serangan tersebut berlaku tanpa diramal oleh mangsa dan di luar kawalan mangsa. Fasa ini merupakan sebahagian daripada kitaran keganasan rumah tangga.
fistballbola penumbukSukanTiadaPermainan yang terdiri daripada lima (5) orang pemain sepasukan yang dimainkan dengan cara menumbuk bola menggunakan penumbuk ke dalam kawasan lawan supaya melepasi jaring tinggi yang direntangkan di tengah-tengah gelanggang.
sonnetsonetaKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang mempunyai 14 baris yang terdiri daripada empat rangkap dengan susunan empat, empat, tiga, tiga, baris serangkap. Rima akhimya pula biasanya dalam susunan ab b a, ab b a, a ab, a ab. Contohnya, puisi "Menumbuk Padi" dalam kumpulan Puspa Mega karya Sanusi Pane.

Kembali ke atas