healing | rehat minda | Umum | Tiada | Proses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik. |
chondrodermatitis nodularis chronica helicis | kondrodermatitis nodularis kronika helisis | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan pertumbuhan nodul yang menyakitkan pada kelopak telinga. |
over writing | tulisan berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Kecacatan gaya penulisan akibat penggunaan kata yang berlebih-lebihan. Penggunaan kata berlebih-lebihan adalah berbunga-bunga, janggal, tidak harmonis, menyakitkan mata apabila membacanya, dan tidak memperlihatkan kepekaan terhadap bahasa. Kecacatan ini disengajakan untuk mendapat kesan tertentu dalam penulisan. Sekiranya tidak disengajakan, penulisan boleh menjadi melodramatik, kasar, dan lewah. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
perlocutionary | perlokusionari | Kesusasteraan | Tiada | Aksi linguistik yang berlaku ketika ujaran yang mempunyai tujuan dan kesan antara perorangan dan sosial. Perlokusioneri dikaitkan dengan teori aksi pertuturan yang diperkenalkan oleh J.L. Austin (1961). Aksi pertuturan dibahagikan kepada tiga jenis: Pertama, aksi lokusionari iaitu aksi percakapan. Kedua, aksi ilokusionari, iaitu aksi yang dilakukan melalui percakapan. Ketiga, aksi perlokusionari, iaitu kesan percakapan menerusi aksi ilokusionari terhadap pendengar seperti rasa geli hati, takut, atau tertekan. Komunikasi bukan verbal seperti reaksi muka dan pergerakan badan juga mempunyai kuasa perlokusionari kerana mampu menimbulkan kesan rasa tertarik, bosan, atau menyakitkan hati. Dalam teori aksi pertuturan dan bidang disiplin lain, seperti pragmatik dan penekanan, perlokusionari biasanya melibatkan tujuan komunikasi atau kuasa ilokusionari komunikasi tersebut. Kesan perlokusionari percakapan pula kurang diberikan penekanan kerana orang yang bercakap biasanya tidak dapat mengawal kesan perlokusionari pendengar. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk menganalisis ayat dalam teks sastera. |