Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam; haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya; baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3. menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll): api itu dgn bengisnya ~ minyak, me-rosakkan harta benda; cepat spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat: “Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan; ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1 menangkap dgn paruh atau dgn kuku sambil terbang; menangkap mangsa dgn cepat: Helang ~ ayam. 2 melakukan sesuatu (spt menyamun) dgn kasar dan cepat: Pemuda itu ~ pisau dr tangan orang gila itu. 3 membakar dgn cepat; mengenai sesuatu (bkn petir dll): Halilintar ~ batang kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambar
Kata Terbitan : menyambar, sambaran, penyambar,

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fishing on the dropsambar jatuhPerikananTiadaTeknik memancing dengan menggunakan umpan yang jatuh secara perlahan-lahan ke dalam air. Ikan yang mempunyai tabiat menyambar akan menyambar umpan sebelum umpan jatuh ke dasar air.
tori wazateknik sambarSukanTiadaKaedah menyambar pakaian, tangan dan kaki lawan.
sip risesambar hirupPerikananTiadaCara ikan menyambar umpan atau serangga dengan menghirupnya secara perlahan-lahan. Sambar hirup menghasilkan kocakan yang tidak ketara pada permukaan air, menyebabkan pemancing tidak menyedari bahawa umpan telah digigit oleh ikan.
splash risesambar ragutPerikananTiadaCara ikan menyambar umpan atau serangga dengan gelojoh sehingga menghasilkan kocakan air yang kuat pada permukaan air dan boleh mengejutkan pemancing apabila umpan diragut ikan.
ripplesair berkocakPerikananTiadaKeadaan permukaan air yang berolak atau berombak akibat tiupan angin, pergerakan ikan di bawah permukaan air, atau ikan yang menyambar serangga atau anak-anak ikan. Situasi ini menjadi tarikan kepada pemancing untuk melontarkan tali kail ke sasaran.
wet flyserangga basahPerikananTiadaSerangga tiruan yang dijadikan sebagai umpan dalam pancing layang. Serangga basah mudah tenggelam dan sesuai digunakan untuk memancing ikan yang tidak mempunyai tabiat menyambar, sama ada di kawasan pertengahan air atau di bahagian dasar air.
mending castlempar perbetulPerikananTiadaKaedah melontar tali joran ke arah hulu arus untuk mengelakkan umpan serangga ditekan oleh arus. Melalui kaedah ini, umpan dibiarkan terapung dan hanyut mengikut arus secara semula jadi. Ikan kelisa, biasanya amat tertarik untuk menyambar umpan serangga yang hanyut secara semula jadi.
blue marlinmersuji biruPerikananTiadaSejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Makaira mazara. Mersuji biru bermuncung tajam seperti tombak, bersisik halus serta bahagian atas badan berwarna biru gelap. Ikan ini hidup di laut lepas, bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim serta menyambar mangsa yang terdiri daripada sotong dan pelbagai jenis ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar dan mempunyai kekuatan yang lebih kuat berbanding mersuji hitam. Ikan ini memberikan pertarungan yang sengit semasa bertarung dan biasanya memerlukan tenaga berkumpulan untuk mendaratkannya ke atas bot.

Kembali ke atas