Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clutchcekamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang menyambung atau memutuskan pemindahan kuasa dari enjin ke pemacu.
interfaceantara mukaKejuruteraanTiadaAlat penyambung: Alat yang menyambung dua peranti.
bamboo lashingikatan buluhBuluhTiadaKaedah mengikat simpul untuk menyambung antara satu batang buluh dengan batang buluh yang lain menggunakan tali gentian semula jadi seperti sisal dan palma atau tali polipropilena. Terdapat pelbagai jenis ikatan simpul seperti ikatan seraya, ikatan serong dan ikatan ricih.
cutout relaygeganti pemutusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang menyambung atau memutuskan litar.
hamming machinemesin lekapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk menyambung dua kepingan logam.
lead burningpemanasan sambungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemanasan untuk menyambung sambungan elektrik.
RNA splicingpenyambatan RNABioinformatikBioinformatik MolekulProses mengeluarkan intron dan menyambung semula ekson untuk menghasilkan transkrip pelopor RNA pengutus baharu yang kemudiannya diubah kepada pengutus RNA matang.
panlun berkaitpanlun berkaitKesusasteraanPuisiPantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya
interfaceantara muka; alat penyambungPentadbiran PerniagaanTiadaAlat penyambung: Alat yang menyambung dua peranti.
salt bridgetitian garamKimiaKimia AnalisisTiub yang lazimnya berbentuk U yang menyambung elektrod rujukan dan penunjuk yang terpisah dalam sel elektrokimia. Sebagai contoh titian garam mengandungi larutan kalium klorida tepu yang membenarkan ion-ion melaluinya tetapi menahan larutan daripada bercampur.
12

Kembali ke atas