voice over (vo) | suara latar | Komunikasi | Tiada | Suara yang digunakan untuk menyampaikan teks atau dialog dalam sesuatu rancangan yang disiarkan secara visual. Biasanya, perawi yang menyampaikan teks tersebut tidak dapat dilihat terutamanya, dalam rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari. Tetapi kadangkala, perawi tersebut boleh dilihat dalam rancangan yang berbentuk persembahan pentas. Lihat juga: perawi. |
body language | bahasa tubuh | Kesenian | Drama dan Teater | Pergerakan fizikal atau postur tubuh yang menyampaikan makna, sikap, perasaan dan fikiran watak. Dalam teater, bahasa tubuh merupakan salah satu bentuk bahasa teater. Contohnya, mengangkat bahu untuk menyampaikan makna “tidak tahu”. |
flight dispatcher | pengirim penerbangan | Aeroangkasa | Tiada | Kakitangan yang ditugaskan untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat penerbangan seperti pelan penerbangan, imbangan pesawat udara, urusan pasport anak kapal, penginapan dan sebagainya.,Sejenis aileron yang ditempatkan di bahagian luar sayap dan digunakan semasa penerbangan laju rendah sahaja.,Kakitangan yang ditugaskan untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat penerbangan seperti pelan penerbangan, imbangan pesawat udara, urusan pasport anak kapal, penginapan dan sebagainya. |
pantomime | pantomim | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal. |
ideograph | ideograf | Kesusasteraan | Tiada | Tanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram. |
pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos. |
announcement | pengumuman | Perpustakaan | Tiada | Perihal menyampaikan sesuatu berita atau siaran. |
narrator | perawi | Komunikasi | Tiada | Orang yang menyampaikan keterangan atau maklumat dalam rancangan-rancangan yang disiarkan khususnya siaran iklan atau filem-filem dokumentari tetapi wajahnya tidak kelihatan di dalam skrin. |
troubadour | troubadour | Kesusasteraan | Tiada | Golongan yang menyampaikan puisi dengan irama tersendiri, sama ada dalam bentuk nyanyian atau lagu puisi. Troubadour mempunyai hubung kait dengan aktiviti sastera yang bergerak di Eropah meliputi negara Itali, Perancis, dan Sepanyol. Puisi troubadour dikatakan memberikan kesan kepada kemunculan puisi seperti zajal dan al-muwashshahah di Andalus. Troubadour dikenali juga sebagai �pendendang kembara�. Lihat juga al-muwashshahah, zajal. |
vocalist | penyanyi vokal | Kesenian | Tiada | Orang yang menyampaikan lagu melalui nyanyian. |