Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.nyi.kan] | مڽاڽيکن

Definisi : melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.nyi.kan] | مڽاڽيکن

Definisi : me­lagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute pitchpic mutlakMuzikTiada

Kebolehan menyanyikan atau menamakan not yang diminta atau didengar dengan tepat.

troubadourtrubadurKesusasteraanTiada1. Turbador: Kelompok penyair lirik yang menyanyikan sajak, terutama sajak cinta terhadap perempuan keturunan bangsawan.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli

yen yueyen yueMuzikTiada

Muzik hiburan di istana China yang wujud sejak abad ke-3 sebelum Masihi. Alat muzik yang digunakan dalam muzik ini termasuk pien chung (loceng gangsa) dan pien ching (batu). Di samping itu, terdapat juga pemuzik wanita yang menyanyikan lagu yen yue dengan iringan kordofon seperti pipa, dan aerofon seperti di dan sheng. Sinonim yen yueh.

lantai lansaranlantai lansaranMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Alat muzik ini dipercayai mempunyai kaitan dengan upacara ngayau, iaitu ambil kepala. Lantai khasnya diperbuat daripada papan kayu yang mudah lentur. Bahagian bawah lantai disokong dengan beberapa kepingan papan kayu yang diletakkan secara mendatar. Beberapa orang penyanyi berdiri di atas lantai dan menggerakkan kaki dengan langkah tertentu sambil menyanyikan pantun. Lantai lansaran mengetuk papan kayu di bahagian bawah untuk menghasilkan pukulan berterusan bagi mengiringi nyanyian pantun oleh pe­nyanyi korus. Kadangkala gong berbusut dimainkan bersama-sama ensembel penyanyi dan lantai lansaran. Alat muzik ini dimainkan oleh


Kembali ke atas