Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffusionpembauran difusiKesenianTiadaProses mengadun, menyapu dan memadankan gambar atau hal dalam lukisan cat.
lock bindingpenjilidan kunci-TiadaProses menjilid dengan menggores dan menyapu gam pada bahagian kuras
putty stickpenyapu pakalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk menyapu bahan pakal pada permukaan logam supaya menjadi rata dan licin.
palletpaletKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan logam nipis yang boleh dilengkungkan ketika menyapu simen cat pada badan kereta.
lotionlosenHerbaTiadaAmpaian cecair herba untuk kegunaan luaran dengan cara memedap atau menyapu pada kulit. Losen biasanya mempunyai tindakan melembut, menyejuk, meredakan dan bersifat antiseptik. Contohnya, losen kulit daripada limau bali, lidah buaya dan serai wangi.

Kembali ke atas