Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.bab.kan] | مڽببکن

Definisi : menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.bab.kan] | مڽببکن

Definisi : mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebabkan

Peribahasa

Mandi dalam cupak.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
second degree murderpembunuhan tahap keduaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dilakukan dengan sengaja tetapi tidak dirancang dan hanya berniat untuk menyebabkan kecederaan tubuh sehingga menyebabkan kematian.
culpable homicidepematian salahKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau membiarkan seseorang yang sakit atau cedera tanpa rawatan yang menyalahi undang-undang, yang menyebabkan kematian dengan niat atau menyebabkan kecederaan yang memungkinkan kematian dengan niat, atau dengan pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kematian.
euphoriantagen euforiaHerbaPemiawaianAgen yang menyebabkan keriangan yang berlebihan. Contohnya, mitraginin dalam ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh menyebabkan euforia sekiranya diambil secara berlebihan.
cholerakoleraHerbaFitoterapiSejenis jangkitan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan penyahhidratan. Kolera boleh menyebabkan kematian.
blistering agentagen pelepuhHerbaPemiawaianEkstrak herba yang menyebabkan kesakitan atau kerengsaan pada kulit, mata dan mukosa. Bahan tersebut boleh menyebabkan luka melepuh. Contohnya, getah yang keluar dari daun gajus (Anacardium occidentale) yang bertindak sebagai agen pelepuh.
hypothermiahipotermiaHerbaFitoterapiKeadaan suhu badan rendah yang tidak normal hingga menyebabkan penurunan kadar metabolisme ke tahap berbahaya dan boleh menyebabkan kematian; sering terjadi dalam kesejukan melampau.
epigenomeepigenomBioinformatikBioinformatik MolekulPerubahan kimia pada DNA organisma tanpa melibatkan perubahan bes tetapi menyebabkan struktur kromatin berubah. Perubahan ini menyebabkan fungsi tertentu pada genom berubah. Epigenom boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.
ulcerulserHerbaPemiawaianKerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang menyebabkan luka atau inflamasi seperti ulser mulut atau ulser usus. Contoh herba yang boleh menyebabkan ulser mulut ialah getah daun atau pucuk gajus (Anacardium occidentale).
vapour locksekat wapKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap.
self-quenchingpenswalindapanKimiaKimia AnalisisProses yang terhasil apabila molekul teruja berlanggar sama sendiri menyebabkan pemindahan tenaga tanpa berlaku sinaran. Kesan daripada proses ini menyebabkan penyimpangan negatif daripada kelinearan pada kepekatan tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas