Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyebar­kan secara meluas, menyebarkan dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui dsb di merata tempat: jenama dan cap dagangan disebar-luaskan melalui media massa spt iklan di radio, televisyen, dan pawagam; ~ senarai istilah, ejaan, dan maklumat bahasa kpd para pengguna bahasa di sektor awam, institusi pengajian tinggi, dan sektor swasta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : me­nye­barkan sesuatu secara meluas; menyebarkan sesuatu dgn berbagai-bagai cara sehingga diketahui di serata tempat: Usaha utk ~ maklumat itu sedang giat dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BauhausBauhausKesenianSeni BinaIdeologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen.

Kembali ke atas