Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lé.sa.kan] | مڽليساکن

Definisi : menjadikan selesa (enak, sedap); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lé.sa.kan] | مڽليساکن

Definisi : membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
repressionpenekananPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan cara menekankan sebarang perkara yang tidak menyelesakan ke alam atau pemikiran yang tidak sedar. Ramai orang berkecenderungan untuk menekan keinginan yang boleh membuatkan mereka berasa bersalah, bimbang atau menyakitkan akibat sesuatu konflik atau memori masa lalu. Contohnya, individu yang takut dengan rawatan gigi akan melupakan temu janjinya dengan doktor gigi. Sinonim represi.
helpingmenolongPsikologiPsikologi UmumTingkah laku prososial yang biasanya mempunyai niat untuk memberi keuntungan kepada orang lain. Konsep yang berkaitan dengan tingkah laku menolong ialah altruisme, iaitu keprihatinan tanpa syarat seseorang terhadap kebajikan orang lain. Terdapat tiga teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku menolong. Pertama, model kelegaan daripada perasaan negatif. Contohnya, individu yang telah menolong orang lain akan merasa lega daripada perasaan negatif atau yang tidak menyelesakan. Kedua, model empati-altruisme yang menyatakan bahawa sesetengah orang menolong secara ikhlas walaupun dirinya dalam keadaan tertekan atau bermasalah, dan yang ketiga ialah teori sosiobiologi yang menyatakan individu secara semula jadi mempunyai kecenderungan untuk menolong.

Kembali ke atas