Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semak2
Kata Terbitan : menyemak, semakan, penyemakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
state delta verification systemsistem penentusahan delta keadaanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang dihasilkan oleh Aerospace Corporation untuk menulis dan menyemak kerja pembuktian kesesuaian dalam pengkomputeran. Sistem ini boleh digunakan untuk menyemak pembuktian kesesuaian yang dilaksanakan dalam atur cara ADA dan mengesahkan pembuktian kesesuaian perisian terkompil ADA dan perkakasan.
editingpenyuntingan-TiadaProses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain.
proof-readbaca pruf-TiadaPerihal menyemak, menanda dan membetulkan sebarang kesilapan dalam pruf.
apparent check linebaris semakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang melakukan kerja menyemak dan menanda kecacatan pada rangka kereta yang siap dikimpal.
peer assessmentpentaksiran rakanTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah pembelajaran kolaboratif yang melibatkan pentaksiran formatif sesama pelajar untuk menyemak atau menilai tahap penguasaan pembelajaran masing-masing.
opposition partyparti pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.

Kembali ke atas