Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyé.wa] | مڽيوا

Definisi : menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyé.wa] | مڽيوا

Definisi : menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyewa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peasant societymasyarakat taniSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China.
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.
feudalismfeudalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme.

Kembali ke atas