Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.kat] | مڽيکت

Definisi : 1. menyisir (rambut) supaya ke­mas: ia mengeluarkan sisir lalu ~ rambutnya yg agak kusut itu; 2. membersihkan dgn sikat, memberus: gentian kapas itu disikat, dipintal dan disambung-sambungkan jadi benang; 3. menggembur dan membersihkan tanah dgn sikat (cakar): tanah itu dibajak dan disikat; 4. Id, bp menghabiskan semua sekali (me­makan hingga habis, mencuri, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.kat] | مڽيکت

Definisi : 1 mengemaskan rambut dgn sikat; menyisir. 2 membersihkan sesuatu dgn sikat; memberus. 3 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sikat; mencakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikat (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisir: serit

2. Bersinonim dengan pencakar: penggaruk, garu, sisir,

3. Bersinonim dengan tangkai pisang: sisir

Kata Terbitan : menyikat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.

Kembali ke atas