epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
satyr play | drama satir | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira. |
cynicism | sinisisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi unsur dan maksud menyindir, mengejek atau mencemuh seseorang. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak, kecindan, berkias dan menyindir. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
mock epic | epik olokan | Kesusasteraan | Tiada | Naratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya Pope berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira. |
satirical comedy | komedi satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes. |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |
play within a play | drama dalam drama | Kesusasteraan | Tiada | Drama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamlet karya Shakespeare. Drama Hamlet memperlihatkan bagaimana hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya. |
paratextuality | paratekstualiti | Kesusasteraan | Tiada | Pencedokan bahan daripada karya asal yang kemudiannya digunakan dalam teks baharu bertujuan menghasilkan parodi. Parodi ialah karya sastera yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir. |