Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.sih.kan] | مڽيسيهکن

Definisi : 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. me­misahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm per­mainan dll), menyingkirkan (lawan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sih.kan] | مڽيسيهکن

Definisi : mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.sih.kan] | مڽيسيهکن

Definisi : meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisih
Kata Terbitan : bersisih, menyisih, menyisihkan, tersisih, penyisihan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanical separationpemisahan mekanikKejuruteraanTiadaKaedah menyisihkan sisa pepejal mengikut kategori, boleh kitar semula dengan menggunakan pengelasan udara, pemisahan magnet atau lain-lain kaedah mekanik.
protective deviceperanti pelindungKejuruteraanTiadaSebarang peranti untuk menyisihkan arus, voltan atau kuasa yang terlalu besar daripada bahagian litar elektrik yang tertentu.
pemepakan (Kay.)pemepakan (Kay.)KesenianTiadaProses membersih rotan dengan menyisihkan duri, daun dan kotoran lain.
plugbackpalam dasarKejuruteraanTiadaMenempatkan simen atau palam mekanik di dasar telaga untuk menyisihkan air dasar, atau mendapatkan hasil dari bentukan yang telah digerudi sepenuhnya.
fine printcetak halusPentadbiran PerniagaanTiadaSatu kekeliruan dalam sistem penamaan polisi yang memberikan perlindungan satu dalam bahagian dan menyisihkan perlindungan tersebut dalam bahagian lain kontrak dan dicetak dengan cetak halus.
check marktandaan (P.JAS)PerpustakaanTiadaSatu penandaan dengan pensil pada halaman judul buku oleh pangkatalog sebagai panduan kepada pembantunya atau jurutaip untuk tujuan menyisihkan butiran di dalam entri.
emotional disordergangguan emosiPendidikanTiada

 Keadaan yang menunjukkan reaksi emosi yang tidak sesuai. la juga merujuk kepada tingkah laku yang keterlaluan atau tingkah laku menyisihkan diri. Sinonim emotional disturbance.

cloud seedingpembenihan awanSainsHidrometeorologiPengubahsuaian cubaan yang dilakukan kepada proses fizikal yang berlaku di dalam awan dengan menyuntik awan itu dengan agen pembenihan seperti ais kering (karbon dioksida pepejal) pada suhu yang sangat rendah untuk menjanakan penyejukan, biasanya ke tahap di bawah � 40oC dan pembekuan spontan; argentum iodida untuk bertindak sebagai nukleus ais; nukleus garam higroskopik atau suatu semburan titisan halus air untuk merangsang pencantuman. Penyuntingan agen pembenihan ke dalam awan dilakukan dari pesawat terbang, belon, dan roket. Umumnya, tujuan pembenihan awan adalah untuk menjanakan kerpasan. Cubaan juga dibuat untuk menyisihkan awan stratus dan merencatkan ribut dan ribut petir.

Kembali ke atas