rest (in mechanics) | pegun; diam (mekanik) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan. |
pedestal | pedestal | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Struktur seperti tiang dalam era klasik yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu tapak, dado dan kepala. 2. Pelapik yang digunakan untuk menyokong kekuatan dan kestabilan sesebuah tiang. 3. Laci yang boleh menyokong meja, laci tergantung atau laci yang terpisah dari struktur meja dan boleh digerakkan. 4. Bahagian binaan yang sengaja ditinggikan untuk mempamerkan sesuatu benda atau hiasan agar kelihatan lebih menonjol. |
eunotum | eunotum | Biologi | Tiada | Plat notum yang menyokong sayap pada anterior posnotum. |
wing wall | dinding kepak | Kejuruteraan | Tiada | Dinding yang menyokong tanah tebing dan mengawal hakisan yang dibina di kedua-dua hujung pembentung. |
peacebuilder | penggerak keamanan | Umum | Tiada | Individu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial. |
axle | gandar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Batang silang yang menyokong kenderaan dan menempatkan roda. |
stringer | ibu tangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Komponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam. |
crankcase | kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah enjin yang menyokong dan menjadi perumah kepada aci engkol. Kotak engkol membentuk bahagian bawah blok silinder dan mengandungi takungan minyak pelincir untuk melicinkan operasi aci engkol dan komponen yang bersambung dengannya. |
slide | gelongsoran; slaid; gelangsar; gelongsor(sofbol) | Kesenian | Tiada | Gelangsar: Alat untuk menyokong sesuatu bahagian untuk membolehkannya bergelongsor pada landasannya. |
piston boss | tombol omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian kambi omboh yang menyokong cemat omboh. Bahagian ini ditebalkan untuk menguatkan sambungan omboh dengan rod penyambung. Permukaan dalam tombol ini biasanya dicanai untuk mengurangkan geseran dengan cemat omboh. |