Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.kar.kan] | مڽوکرکن

Definisi : menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.kar.kan] | مڽوکرکن

Definisi : menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
passphraseungkapan laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAyat biasa yang digunakan untuk menggantikan kata laluan. Penggunaannya bertujuan untuk menyukarkan serangan kata laluan.
spatial disorientationpenanaran/disorientasi ruangAeroangkasaTiadaKetidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.
spatial disorientationpenanaran/disorientasi ruangAeroangkasaTiadaKetidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.
spatial disorientationpenanaran ruang/disorientasi ruangAeroangkasaTiadaKetidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.
abnormal spermatozoapermatozoa abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel seks jantan yang mempunyai morfologi tidak normal. Morfologi spermatozoa abnormal dapat dikenal pasti melalui ujian makmal. Morfologi yang abnormal ini akan menyukarkan proses persenyawaan ovum. Contoh morfologi abnormal spermatozoa ialah spermatozoa dengan ekor berganda, tiada ekor, kepala senget, kepala terlalu besar atau berleher bengkok. Faktor penyebab spermatozoa abnormal termasuk jangkitan penyakit, pendedahan kepada toksin, radiasi dan testis yang tidak normal.
anti-playantidramaKesusasteraanTiadaKarya drama yang mengetepikan konvensi tradisional, dan secara sengaja mengherot-herotkan bentuknya dengan mengabaikan plot yang nyata dan perkembangan watak. Biasanya dialog dalam antidrama tidak berurutan dan menyukarkan pemahaman maknanya Sesetengah dramatis telah menggunakan teknik antidrama ini, contohnya dramatis Theatre of the Absurd seperti Samuel Beckett dan Eugene Lonesco yang menghasilkan karya berjudul Rhinoceros. Antara dramatis di Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Dinsman dalam dramanya Ana dan Bukan Bunuh Diri.
incoherenceketakpaduan/inkoherenKesusasteraanPuisiKeadaan tidak terdapatnya kesinambungan antara satu baris atau kalimat dengan satu baris atau ayat yang berikut atau sebelumnya dalam sesebuah puisi. Kesan daripada ketakpaduan makna ini boleh menyukarkan pembaca memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penyair.
major partyparti utamaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang memiliki sokongan yang besar dan berjaya menguasai kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan. Sokongan yang besar ini memudahkannya melaksanakan dasar menurut perancangan parti memandangkan ia mendominasi keputusan dewan serta dapat berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Parti ini juga jarang mengalami kekalahan dalam pilihan raya, tetapi sekiranya tewas ia akan menjadi pembangkang yang sangat kuat dan menyukarkan pemerintahan parti lain. Contoh parti utama ialah Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Golkar di Indonesia.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
12

Kembali ke atas