jigger glass | gelas sukat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gelas untuk menyukat minuman keras untuk minuman koktel dengan sukatan 1/2 auns dan 1/4 auns. |
flow counter | pembilang aliran | Kimia | Tiada | 1. Tiub pembilang yang dialirkan gas untuk menyukat keradioaktifan. 2. Pembilang yang pada bahagian dalamannya dilalukan pemancar alfa atau beta bertenaga rendah, dengan gas pembilang dialirkan pada tekanan melebihi tekanan atmosfera. |
Milliammeter | meter miliampere | Teknik | Elektrik | Meter ampere yang menyukat arus dalam julat mili atau 1 x 10-3 ampere. Sinonim miliammeter. |
graduated cylinder | silinder bersenggat | Kimia | Tiada | Radas makmal untuk menyukat isi padu tertentu cecair, dengan ketepatan 0.1 ml. |
base line data | data garis dasar | Perubatan | Tiada | 1. Data garis dasar: Data yang nilai atau kuantitinya diketahui dan digunakan untuk menyukat atau menilai sesuatu yang tidak diketahui. |
cubic measure | sukatan padu | Matematik | Tiada | Sistem untuk menyukat isi padu berdasarkan isi padu bagi satu kubus unit. Kubus unit ialah kubus dengan panjang setiap sisinya 1 unit. |
sedimentation | pengenapan | Kimia | Biokimia | 1. Proses mengenap yang dialami oleh bahan-bahan taklarut di dalam sesuatu ampaian sama ada secara semula jadi (oleh graviti) atau secara buatan (oleh pengempar). 2. Kaedah menganalisis ampaian dengan cara menyukat kadar pemendakan zarah oleh graviti dan kemudian menghitung parameter zarah tersebut daripada halaju pemendakan yang telah disukat. |
battery hydrometer | hidrometer bateri | Teknik | Elektrik | Hidrometer yang digunakan untuk menyukat ketumpatan bandingan elektrolit bateri sekunder. Nilai ketumpatan ini menentukan sama ada bateri itu telah mencapai tahap cas penuh atau tidak. Ketumpatan bandingan bagi elektrolit sel asid plumbum ialah 1.270 apabila bercas penuh dan kurang daripada 1.190 ketika nyahcas sepenuhnya. |
stock-tank barrels | tong tangki stok | Kejuruteraan | Petroleum | Ukuran dalam unit yang digunakan untuk menyukat isi padu minyak mentah yang dikeluarkan dari telaga atau medan minyak. Satu tong tangki stok (TTS) minyak mentah adalah bersamaan dengan 5.615 kaki padu atau 1.712 meter padu disukat pada suhu dan tekanan piawai (60 darjah Farenheit dan 14.7 paun/inci persegi). |