therapeutic constituent | juzuk berterapi | Herba | Tiada | Bahan atau sekumpulan bahan kimia khusus yang menyumbang kepada aktiviti terapeutik suatu bahan, sediaan atau produk ubat-ubatan herba. Contohnya, sekumpulan bahan kimia flavonoid yang terdapat dalam herba misai kucing yang menghasilkan aktiviti antioksida. |
complementary gene | gen saling lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gen yang berbeza, tetapi menyumbang kepada satu sifat yang sama. Gen tersebut saling melengkapi dan harus muncul bersama. Ketiadaan satu gen akan menyebabkan sifat yang disumbangkan tidak akan muncul. |
ahermatyphic coral | karang ahermatifik | Sains Marin | Tiada | Organisma karang yang merupakan sebahagian daripada komuniti karang, tetapi tidak menyumbang kepada pembinaan terumbu karang kerana tidak mempunyai struktur keras atau bahan berkapur sebagai rangka badan. Karang ini juga kadangkala dirujuk sebagai karang lembut. Contohnya, kumpulan Gorgonia seperti kipas laut, sea whip dan karang lembut yang lain. Karang ini dapat hidup di perairan yang dalam, bersuhu sejuk dan kawasan gelap. Banding karang hermatifik. |
additive gene action | tindakan gen tambah | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Interaksi alel ialah setiap dua alel yang menyumbang dengan sama rata kepada penghasilan fenotip kualitatif. Tindakan gen tambahan ini berlaku dalam keadaan dominan tidak wujud dan menghasilkan heterozigot yang pertengahan pada fenotip. Contoh fenotip kualitatif pada lembu termasuklah jenis darah, warna bulu, ada atau tiada tanduk dan kekerdilan. |
xanthine oxidase | xantina oksidase | Herba | Tiada | Sesuatu enzim flavoprotein pemangkin pengoksidaan purina tertentu yang menghasilkan asid urik dan menyumbang kepada penyakit gout dan batu karang. Terdapat beberapa herba seperti kacip fatimah dan misai kucing yang boleh merencat aktiviti enzim ini. |
ovum | ovum | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gamet betina yang dikeluarkan dari ovari. Ovum mengandungi sebahagian bahan genetik yang akan menyumbang dalam pembentukan dan penghasilan anak. |
mutant learner | pelajar mutan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang mudah menyesuaikan diri, berkembang dan berubah untuk memanfaatkan pembelajaran sambil berkongsi dan menyumbang pengetahuan untuk membantu pelajar lain. Mereka menggunakan teknologi dan alat dalam talian dalam proses tersebut. |
eco-innovation | ekoinovasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan produk dan proses baharu yang lebih baik ke arah teknologi mampan dan menyumbang kepada penambahbaikan daya tahan alam terhadap tekanan alam sekitar, atau penggunaan sumber semula jadi yang lebih efisien. |
fairtrade | perdagangan saksama | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja. |
proportionality shift component | komponen perubahan kadaran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Komponen dalam analisis perubahan dan pembahagan sumber yang mengukur jumlah perubahan bersih wilayah yang menyumbang kepada perubahan komposisi sektor industri dalam wilayah tersebut. |