Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compositionkomposisi-Tiada1. Proses mengarang atau menyusun idea dan persembahan dalam menghasilkan karya. 2. Proses menyusun perkataan, bahan grafik dan lain-lain dalam sesebuah halaman cetak.
alignmentpenjajaran-TiadaProses menyusun teks dan bahan grafik dalam garis tegak.
sequenceurutanSains KesihatanTiadaMenyusun fonem mengikut urutan untuk membentuk perkataan.
typesettingatur huruf-TiadaProses menyusun teks dan imej pada halaman berdasarkan reka letak dan spesifikasi yang ditetapkan.
bricklayingpenurapan bataKesenianHiasan DalamanSeni menyusun bata dalam kerja pembinaan. Bagi binaan dinding biasa yang mudah, penyusunan bata tidak memerlukan tahap kualiti yang tinggi, bata hanya diikat bersama mortar supaya susunan menjadi tepat dan kemas.
collatorpengkolatPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk menyusun kertas komputer ke dalam set dan mengeluarkan kertas karbon pada masa yang sama.
packed stackingsusunan rapatBuluhTiadaKaedah menyusun buluh secara menegak atau mendatar dengan merapatkannya antara satu sama lain bagi tujuan pengeringan atau penyimpanan.
open stackingsusunan renggangBuluhTiadaKaedah menyusun buluh secara menegak atau mendatar dengan merenggangkannya antara satu sama lain bagi tujuan pengeringan atau penyimpanan.
hierarchical clusteringpengelompokan tatatingkatBioinformatikBioinformatik MolekulProses menyusun jujukan molekul untuk menghasilkan satu perwakilan dalam bentuk tatatingkat berdasarkan persamaan jarak matriks antara jujukan molekul hasil daripada penjajaran berpasangan. Pengelompokan ini akan membentuk pepohon filogenetik. Lihat juga kaedah filogenetik berasaskan jarak, jarak gen.
food platingpenataan makananPentadbiran PerniagaanTiadaProses menyusun dan menghias makanan dalam pinggan mengikut cara tertentu bagi menyerlahkan persembahan sesuatu jenis makanan sebelum dihidangkan.
1234

Kembali ke atas