Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.gut] | مراݢوت

Definisi : 1. menarik (menyentak, me­ra­but, mencabut) dgn paksa atau dgn ke­kuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya di­per­lakukan secara tidak adil apabila ke-bahagiaannya yg tinggal secebis itu dira­gut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gut] | مراݢوت

Definisi : 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai­-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragut
Kata Terbitan : meragut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uncontrolled grazingragutan tak terkawalVeterinarTiadaKaedah ragutan dengan meletakkan ternakan dibiarkan meragut dalam sesuatu padang ragut dan tidak ditetapkan tempohnya. Jika bekalan rumput terhad atau dalam keadaan ragutan lampau, ternakan akan meragut hingga ke bahagian pangkal dan menyebabkan pertumbuhan semula menjadi lambat. Keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan rumpai liar yang tidak digemari ternakan hidup berleluasa. Dalam keadaan ini, ternakan berkemungkinan tidak mendapat makanan yang mencukupi. Dalam sesetengah keadaan, kawasan ragutan boleh menjadi gondol dan hakisan tanah akan berlaku.
browsingmenyemak lewa; meragutPerhutananTiadaTiada
paddockpadokGeografiTiadaKawasan rumput berkandang tempat sekumpulan haiwan meragut.
grazing righthak ragutPerhutananTiadaKeizinan untuk membenarkan ternakan meragut di sesuatu kawasan ragut.
grazing righthak ragutPerhutananPengurusan HutanKeizinan untuk membenarkan ternakan meragut di sesuatu kawasan ragut.
paddockpadokVeterinarTiadaKawasan berpagar yang digunakan sebagai tempat untuk haiwan meragut atau bersenam. Biasanya kawasan ragutan pastura dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil untuk menempatkan ternakan dalam tempoh tertentu. Bagi perladangan yang mengamalkan sistem ragutan ekstensif, kawasan ragutan akan dibahagikan kepada beberapa petak supaya ternakan boleh ditempatkan dalam kawasan ini secara bergiliran. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan rumput dalam sesuatu petak dapat tumbuh secukupnya sebelum diragut semula dan juga untuk mengelakkan serangan parasit. Bagi sesetengah ternakan seperti kuda, kawasan ini biasanya terletak berhampiran kandang yang berlantaikan tanah atau tanah yang ditutup pasir bagi membolehkan kuda bersenam.
cut and carry systemsistem potong-angkutVeterinarTiadaSistem pengurusan pastura apabila ternakan tidak dibenarkan meragut dengan bebas. Rumput atau pastura akan dipotong mengikut jangka masa tertentu iaitu 3-4 minggu sekali. Sistem ini sesuai digunakan untuk pemberian makanan kepada ternakan secara intensif atau dalam kurungan. Dengan demikian, pastura tidak terdedah kepada pencemaran najis dan air kencing haiwan, sekali gus mengelakkan masalah jangkitan parasit. Sistem ini juga dapat membantu masalah pengairan, pembajaan dan pemotongan rumput dilakukan dengan baik supaya hasil dan kualiti pastura dapat ditingkatkan.
herbagebahan herbaPertanianAgroteknologiBahagian lembut pada tumbuhan seperti daun yang boleh dimakan oleh haiwan yang meragut seperti lembu dan kambing. Bagi tumbuhan jenis rumput, bahan herba termasuk bahagian batang kerana kebanyakan rumput mempunyai batang yang lembut dan boleh dimakan.
zero grazingtanpa ragutVeterinarTiadaSistem pemeliharaan ternakan ruminan secara sepenuh kandang dan tidak dilepaskan secara bebas untuk meragut. Dalam sistem ini, makanan seperti dedak dan rumput diberi kepada ternakan di dalam kandang. Sistem pemeliharaan ini mempunyai kelebihan dari segi pengurangan kos buruh dan mengawal jangkitan parasit. Walau bagaimanapun, kos modal untuk memulakan sistem pemeliharaan ini agak tinggi berbanding sistem lain seperti bagi pembinaan reban. Sistem fidlot dan pemeliharaan secara intensif termasuk dalam kategori ini.
supplement dietdiet tambahanVeterinarTiadaCampuran makanan yang diberi kepada ternakan untuk membetulkan kekurangan tenaga atau nutrien tertentu. Bahan ini kerap diberi kepada haiwan yang kekurangan makanan atau yang meragut pastura berkualiti rendah. Bahan ini juga diberi kepada anak ternakan yang tidak mendapat susu secukupnya atau mengalami kekurangan nutrien. Pada kebiasaannya, diet ini dimasukkan pada aras 25-30% daripada keperluan makanan harian dan dapat membekalkan tenaga dan protein. Mil isirung kelapa sawit, dedak padi dan molases kerap digunakan sebagai diet tambahan pada ternakan ruminan. Sinonim makanan tambahan.
12

Kembali ke atas