Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.mal] | مرامل

Definisi : menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meramal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
environmental impact assessmentpenilaian kesan alam sekitarTeknologi HijauTiadaKajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi serta berkongsi maklumat mengenai kesan projek yang dicadangkan terhadap alam sekitar dan menetapkan langkah penambahbaikan, setelah mendapat maklum balas daripada pihak yang berkepentingan.
criminal profilingpemprofilan jenayahKriminologiKeadilan JenayahKaedah yang digunakan dalam bidang kriminologi dan penyiasatan oleh sekumpulan pakar untuk meramal ciri-ciri pelaku atau penjenayah. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membandingkan beberapa jenayah bersiri yang telah berlaku.
regression analysisanalisis regresiEkonomiTiadaKaedah statistik yang bertujuan mengkuantitikan hubungan antara dua pemboleh ubah atau lebih, dan kemudian menggunakan maklumat hubungan itu untuk meramal dan menganalisis kajian, atau untuk melihat sama ada hasil kajian itu dapat menerangkan keadaan sebenar. Analisis regresi sangat penting dalam kajian ekonomi kerana kaedah ini membolehkan teori ekonomi diuji.
environmental technologyteknologi alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan prinsip sains dan matematik dalam pemantauan, pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar. Teknologi alam sekitar merangkumi reka bentuk peranti, simulasi proses dan meramal potensi kesan negatif bahan cemar terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau dan teknologi bersih.
patterns of crimepola jenayahKriminologiKeadilan JenayahPola yang merangkumi bentuk, jenis, modus operandi, trend, kekerapan sesuatu jenayah di sesuatu kawasan untuk tempoh tertentu, dan pola ini dapat dianalisis melalui laporan jenayah di kawasan tersebut. Pola jenayah ini membantu pihak berkuasa untuk meramal insiden jenayah serta membantu dalam melaksanakan program pencegahan jenayah di kawasan itu.
open skillkemahiran luar kawalSains SukanBiomekanikKemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak.
victim profilingpemprofilan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSuatu kaedah atau teknik yang diguna pakai dalam bidang kriminologi untuk mengenal pasti ciri-ciri seseorang mangsa serta perbandingan ciri-ciri mangsa dengan mangsa kes jenayah lain melalui penyiasatan dan analisis bukti yang didapati dari tempat kejadian jenayah tersebut. Tujuan penyediaan pemprofilan mangsa adalah untuk meramal ciri-ciri pelaku dan mengaitkan antara satu kes dengan kes yang lain bagi mengecilkan skop pencarian dan menangkap suspek.
clinical decision support system (CDSS)sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit.

Kembali ke atas