course developer | pembangun kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran. |
course design | reka bentuk kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang serta merangka jadual kursus dan sukatan pembelajaran secara sistematik pada permulaan program oleh pengajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan, terutamanya dalam persekitaran e-pembelajaran. |
gerrymander | gerimander | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pegawai atau individu yang terlibat dalam tindakan meminda atau merangka kawasan pilihan raya bagi kepentingan seseorang calon atau sesebuah parti. Pegawai ini diarahkan oleh pihak tertentu untuk melakukan pindaan kawasan yang akan memberikan kelebihan undi kepada pihak tersebut. Pindaan ini biasanya dilakukan untuk kepentingan pemimpin yang sedang berkuasa kerana beliau mempunyai autoriti terhadap badan yang mengendalikan pilihan raya. Kesan daripada tindakan pegawai tersebut akan menghasilkan kawasan yang ganjil bentuk sempadannya dan tidak seimbang dari segi jumlah pengundi antara kawasan tersebut dengan kawasan lain yang berdekatan. Istilah ini berasal dari Amerika Syarikat hasil tindakan Elbridge Gerry seorang Gabenor Massachusetts yang memulakan pindaan kawasan pilihan raya umuk kepentingan politiknya. |
course author | pengarang kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. |
regulatory authority | pihak berkuasa peraturan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Badan yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi menguat kuasa peraturan, merangka dasar, membuat keputusan, dan memberi arahan. Contohnya, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ialah pihak berkuasa bagi Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia. |
learning design | reka bentuk pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses sistematik yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan secara konsisten dan andal. |
instructional designer (ID) | pereka bentuk pengajaran (ID) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Individu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus. |