ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Diri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain. |
bulimia | bulimia | Sains Kesihatan | Tiada | Ganggunan makan yang menyebabkan seseorang individu tersebut merasa selera makannya, tidak puas tetapi takut berlaku peningkatan berat badan jika makan berlebihan. Individu tersebut sering memuntahkan semula makanan yang dimakan. |
distich/distichon | dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berdasarkan kedudukan bait atau rangkap iaitu semua rangkapnya, terdiri daripada dua baris. Puisi dua baris yang paling jelas ialah pantun dua kerat. Contohnya, Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. |
sensory characters | ciri deria | Herba | Tiada | Sifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut. |
closed couplet | kuplet lengkap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar. |
secret ballot | undi sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit. |