Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1. = memperasakan mem­biarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, meng­endahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin ber­tambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa.kan] | مراساکن

Definisi : 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraschemaziaparaskemaziaPerubatanPsikiatriKeadaan apabila seseorang merasakan badannya seakan-akan mengherot.
smart aleckpoyoUmumTiadaBerkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain.
tactile hallucinationhalusinasi taktilPerubatanPsikiatriGangguan persepsi berkaitan dengan deria sentuh atau deria rasa pada permukaan kulit, seperti merasakan sesuatu yang merayap di atas atau di bawah kulit.
guilty pleasurekegemaran memalukanUmumTiadaAktiviti, tabiat atau kegemaran yang membuatkan seseorang berasa malu atau bersalah untuk mengakuinya, kerana merasakan mereka akan dinilai oleh orang lain.
empathyempatiKesusasteraanTiadaDaya menyelami dan memahami perasaan orang lain. Daya ini berlaku apabila pengarang atau pembaca menenggelamkan dirinya dalam pengalaman, perasaan dan sensasi yang dialami oleh objek yang ditulis atau dibaca, sama ada objek tersebut manusia, binatang, dan barang yang tidak bernyawa. Istilah ini diilhamkan oleh Hermann Lotze dari Jerman dalam tulisannya Microcosmus (1858) untuk membezakannya daripada simpati yang bermaksud perkongsian perasaan. Simpati bermakna terhenti, bersetuju dan membenarkan perkongsian perasaan tersebut, manakala empati melibatkan penyatuan diri dengan perasaan itu seterusnya bersemadi dengannya. Empati berasal daripada perkataan Jerman einfuhlung yang bermaksud �masuk merasakan� atau �turut merasakan�.
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.

Kembali ke atas