malignant | malignan | Herba | Pemiawaian | Tumor yang merebak dan memusnahkan tisu di tapak pemula dan boleh merebak ke bahagian lain pada tubuh melalui saluran darah dan sistem limfatik. Herba yang dapat merawat malignan ialah ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan ekstrak daun kenerak (Goniothalamus umbrosus). Banding benigna. |
contagious | berjangkit | Perikanan | Akuakultur | Keadaan penyakit yang merebak dari seekor ikan kepada ikan yang lain. Contoh penyakit berjangkit ialah virus bintik putih pada udang dan protozoa bintik putih pada ikan. |
elephantiasis | untut | Herba | Fitoterapi | Penyakit filariasis limfatik yang boleh merebak dan disebabkan oleh cacing filaria melalui nyamuk. Untut dicirikan oleh edema limfatik yang membengkak seperti kaki gajah, kulit menjadi tegang, keras, merekah dan seterusnya hipertrofi. Sinonim filariasis. |
infectious disease | penyakit berjangkit | Kejururawatan | Tiada | Penyakit yang boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau sentuhan cecair badan yang mengandungi patogen. |
epidemic | epidemik | Kejururawatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang menular secara tiba-tiba dan merebak dengan cepat kepada orang ramai. |
peritonitis | peritonitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada peritoneum yang mungkin disebabkan oleh bakteria yang merebak melalui peredaran darah atau akibat penembusan suatu organ abdomen. |
anticancer | antikanser | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mencegah kanser atau/dan menghalang kanser daripada merebak. |
quinsy | kuinsi | Herba | Pemiawaian | Pembengkakan pada dinding tekak yang boleh berlaku apabila jangkitan bakteria merebak dari tonsil ke bahagian sekitarnya. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat kuinsi ialah ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
isolation nursing | perawatan pengasingan | Kejururawatan | Tiada | Teknik kejururawatan yang diamalkan untuk mengelakkan penyakit berjangkit merebak kepada orang lain. |
super strain | strain utama/strain super | Kesihatan Awam | Tiada | Varian virus korona yang dianggap lebih cepat merebak dan menyebabkan lebih banyak kematian. |