Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : rekah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.kah] | مرکه

Definisi : 1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau, tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekah
Kata Terbitan : rekahan, merekah, merekahkan, kerekahan,

Puisi
 

Buah kerba masak merekah,
     Orang ramai hujung pulut;
Apa khabar orang nak nikah,
     Lepas purnama bulan Maulud.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti delima merekah.

Bermaksud :

Mulut dan gigi yang bagus.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dictionary attackserangan kamusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada.
double rhymerima dwisukuKesusasteraanPuisiRima yang terdapat pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua suku kata. Penekanan hanya diberi pada suku kata pertama sahaja. Contohnya, Pisang embun masak merekah, Dituris dengan pisau raut; Kalau abang pergi ke Makkah, Dua kali menyeberang laut.
elephantiasisuntutHerbaFitoterapiPenyakit filariasis limfatik yang boleh merebak dan disebabkan oleh cacing filaria melalui nyamuk. Untut dicirikan oleh edema limfatik yang membengkak seperti kaki gajah, kulit menjadi tegang, keras, merekah dan seterusnya hipertrofi. Sinonim filariasis.
crossfirenyala silangKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan akibat pusuan voltan tinggi dalam litar pencucuhan sekunder yang melompat ke kabel palam pencucuh bervoltan tinggi yang salah, menyebabkan palam pencucuh yang berlainan mengeluarkan bunga api. Nyala silang berlaku akibat kesilapan ketika memasang kabel palam pencucuh, penebat kabel yang rosak, merekah serta kerosakan pada tukup pengagih atau rotor pengagih. Nyala silang mengurangkan kuasa enjin kerana terdapat silinder enjin yang tidak mengalami proses pembakaran.

Kembali ke atas