lacrimator | lakrimator | Perubatan | Tiada | Agen atau bahan yang merengsa mata dan mengakibatkan perembesan air mata yang berlebihan. |
peroxyacetyl nitrate (PAN) | peroksiasetil nitrat | Kejuruteraan | Tiada | Bahan oksida yang merengsa mata yang terhasil daripada tindak balas antara hidrokarbon tak terbakar, ozon dan nitrat oksida dan terbentuk dalam kabut fotokimia. |
chlorine | klorin | Perubatan | Tiada | Halogen yang kedua, merupakan gas kuning kehijauan, mempunyai bau yang merengsa dan kesan destruktif pada saluran pernafasan. |
chlorine | klorin | Kimia | Tiada | Halogen yang kedua, merupakan gas kuning kehijauan, mempunyai bau yang merengsa dan kesan destruktif pada saluran pernafasan. |
chlorine | klorin | Perubatan | Tiada | Halogen yang kedua, merupakan gas kuning kehijauan, mempunyai bau yang merengsa dan kesan destruktif pada saluran pernafasan. |
phosgene poisoning | keracunan fosgen | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan atau penyerapan kulit gas fosgen (formula kimia, COCI,), iaitu bahan yang merengsa dan merosakkan sel. Had pendedahan dalam udara ialah 0.1 ppm. Tanda utama keracunan akut ialah kegagalan pernafasan dan peredaran darah. Keracunan kronik tidak berlaku. Gejala keracunan, yang mungkin ketara sehingga 24 jam selepas pendedahan, termasuk pedih dalam kerongkong, sesak nafas, dispnea, dan sianosis, yang bertukar dengan cepat kepada edema pulmonari teruk dan mati akibat kegagalan pernafasan dan peredaran darah. Penemuan patologi termasuk perubahan degeneratif ekstensif dalam epitelium trakea, bronkus, bronkiol dan pneumonia berdarah. |
potassium dichromate poisoning | keracunan kalium dikromat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan, penyedutan atau pen yentuhan kulit dengan kalium dikromat (formula kimia, K2Cr207), iaitu bahan yang merengsa dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Punca kematian adalah ekoran uremia. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis ekzema yang teruk, dan akibat penyedutan menyebabkan pengulseran yang sembuh perlahan-Iahan, Dos parah adalah lebih kurang 5 g dan had pendedahan ialah 0.05 mg/m3. |
amyl acetate | amil asetat | Kimia | Forensik | Formula kimia, C7HI402 ; cecair tanpa warna, berbau pisang, takat kilat 18.3°C - 35°C, takat didih 142°C, tidak larut air, merengsa kulit dan mata, mudah terbakar dan sederhana toksik. Pendedahan berpanjangan pada wap ber -kepekatan tinggi yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan dan kerengsaan pulmonary. Had pendedahan ialah 100 ppm. Cecair ini digunakan sebagai pelarut untuk lakuer dan cat, untuk mengekstrak penisilin, bahan perisa buah, dan pelarut penting untuk nitroselulosa. Pendedahan berpanjangan kepada bahan ini boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. |
trinitrophenylmethylinitramina | 2,4,6-trinitrofenilmetilnitramina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C7H5N5O; nama IUPAC, N,2,4,6- tetranitro-N-metilanilina; nama dagang, Tetryl. Bahan berhablur berwarna kuning, takat lebur 130°C - 132°C, meletup pada 187°C, tidak larut dalam air tetapi larut dalam etanol, eter, benzena, dan asid asetik glasial. Bahan ini boleh merengsakan hidung dan menyebabkan perdarahan , menyerap melalui kulit dan merengsakannya, serta merengsa dan merosakkan kornea. Had pendedahan individu terhadap bahan ini ialah 1.5 mg/m3 |
zink stearate | zink stearat | Kimia | Forensik | Formula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif. |