Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merentas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sagittal planesatah sagitalSains SukanBiomekanikSatah yang membahagikan badan kepada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan. Satah ini merentas dari hadapan ke belakang badan. Antara pergerakan asas yang utama pada satah ini ialah fleksi dan ekstensi. Lihat juga fleksi, ekstensi.
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
frontal planesatah frontalSains SukanBiomekanikSatah yang membahagikan badan kepada dua bahagian, iaitu hadapan (anterior) dan belakang (posterior). Satah ini merentas dari kanan ke kiri badan. Antara pergerakan asas yang utama pada satah ini ialah abduksi dan aduksi. Sinonim satah koronal. Lihat juga abduksi, aduksi.
transverse planesatah melintangSains SukanBiomekanikSatah yang membahagikan badan kepada dua bahagian, iaitu atas (superior) dan bawah (inferior). Satah ini merentas di bahagian tengah badan. Antara pergerakan asas yang utama pada satah ini ialah supinasi dan pronasi. Lihat juga supinasi, pronasi.
electronic health record (EHR)rekod kesihatan elektronik (EHR)Teknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik yang mengandungi maklumat kesihatan individu yang disimpan dan dikongsi merentas pelbagai agensi dan lokasi penjagaan kesihatan yang berbeza. Peranan utama EHR ini semakin penting dengan bertambahnya bilangan maklumat pesakit dan pengguna yang menginginkan capaian rekod tersebut secara bergerak menggunakan peranti telefon pintar. Walau bagaimanapun, EHR hanya boleh diakses oleh individu yang dibenarkan. Banding rekod perubatan elektronik (EMR).
economic terrorismkeganasan ekonomiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menyebabkan ketidakstabilan atau kerugian ekonomi kepada sesebuah negara atau organisasi, yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini boleh dilakukan di sempadan sesebuah negara atau merentas sempadan negara tersebut.
electrical double layerlapisan ganda dua elektrikKimiaKimia AnalisisSuatu keadaan yang biasanya terbentuk pada antara muka pepejal dengan cecair. Permukaan pepejal yang dilapisi oleh ion-ion bercas positif akan dikelilingi oleh ion-ion negatif daripada cecair. Terdapat suatu kecerunan keupayaan elektrokinetik merentas lapisan ganda dua itu yang dikenali sebagai keupayaan zeta.

Kembali ke atas