Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (mérit) sifat, kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat kepujian atau peng­hargaan: penekanan yg lebih diberi kpd ~ individu; meyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mérit/ sifat, kualiti, perbuatan dsb yg layak mendapat pujian atau penghargaan: Pengambilan para pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan dan ~ individu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merit goodsbarang meritEkonomiTiadaBarang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan diperuntukkan secara percuma, atau dengan bayaran minimum, kepada setiap rakyat negara itu. Misalnya, perkhidmatan pelajaran, keselamatan awam, dan perubatan.
merit ratingpengkadaran meritinsuransTiadaPelan pengkadaran yang digunakan di dalam beberapa jenis insurans, biasanya insurans motor persendirian. Pelan ini merupakan satu kaedah penentuan premium yang dikenakan ke atas insured yang mungkin menjadi tinggi atau rendah berdasarkan kepada rekod kerugian mereka yang lepas.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.
successionpenggantianSains PolitikPolitik PerbandinganSusunan penggantian penyandang sesuatu tugas, pangkat, jawatan atau pemilikan harta. Ia juga merupakan hak kepada seseorang yang bakal menyandang sesuatu jawatan atau pangkat tersebut. Perubahan penyandang akan berlaku secara aman dan mengikut proses yang telah menjadi tradisi atau mengikut perlembagaan. Penggantian ini boleh berasaskan keturunan, merit, sokongan orang ramai atau melalui kekuatan ekonomi. Contohnya, sejak merdeka hingga kini, penggantian Perdana Menteri di Malaysia berIaku dalam aman tanpa sebarang rampasan kuasa.

Kembali ke atas