Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deterioratemerosotPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan yang menunjukkan bertambah buruk.
depressed areakawasan merosotPenilaian Harta TanahTiadaTiada
declining regionwilayah merosotPenilaian Harta TanahTiadaTiada
kurukuruPerubatanPsikiatriPenyakit yang menyebabkan fungsi otak merosot dengan cepat dan hilangnya koordinasi otot.
ageingpenuaanKejururawatanTiadaPerkembangan dan pertumbuhan seorang dewasa yang semakin merosot akibat lanjut usia.
political decaykebobrokan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun.
decay ratekadar susutanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKadar reputan bahan radioaktif merosot dengan perubahan masa.
opportunistic pathogenpatogen oportunistikPerikananAkuakulturMikrob yang berkemampuan untuk menyebabkan penyakit apabila ketahanan sistem imun ikan merosot. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti persekitaran yang terganggu, bahan kimia atau jangkitan penyakit lain.
aliasalias-TiadaKesan sampingan pada imej digital akibat pemindahan atau penukaran format yang menyebabkan kualiti imej merosot.
far fieldmedan jauhTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedan atau zon dengan keamatan bunyi yang merosot secara kadar songsang dengan jarak. Dalam medan ini, prob boleh mengesan dan menentukan saiz ketakselanjaran pada bahan. Medan ini dikenali juga dengan nama zon Fraunhofer. Lihat juga jarak medan dekat.
12

Kembali ke atas