deteriorate | merosot | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan yang menunjukkan bertambah buruk. |
depressed area | kawasan merosot | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
declining region | wilayah merosot | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
kuru | kuru | Perubatan | Psikiatri | Penyakit yang menyebabkan fungsi otak merosot dengan cepat dan hilangnya koordinasi otot. |
ageing | penuaan | Kejururawatan | Tiada | Perkembangan dan pertumbuhan seorang dewasa yang semakin merosot akibat lanjut usia. |
political decay | kebobrokan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun. |
decay rate | kadar susutan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar reputan bahan radioaktif merosot dengan perubahan masa. |
opportunistic pathogen | patogen oportunistik | Perikanan | Akuakultur | Mikrob yang berkemampuan untuk menyebabkan penyakit apabila ketahanan sistem imun ikan merosot. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti persekitaran yang terganggu, bahan kimia atau jangkitan penyakit lain. |
alias | alias | - | Tiada | Kesan sampingan pada imej digital akibat pemindahan atau penukaran format yang menyebabkan kualiti imej merosot. |
far field | medan jauh | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Medan atau zon dengan keamatan bunyi yang merosot secara kadar songsang dengan jarak. Dalam medan ini, prob boleh mengesan dan menentukan saiz ketakselanjaran pada bahan. Medan ini dikenali juga dengan nama zon Fraunhofer. Lihat juga jarak medan dekat. |