Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vapourizer outside circuit (VOC)pengewap luar litar (VOC)PerubatanTiadaPengewap agen meruap yang terletak di luar litar anestesia dengan kepekatan inspirasi agen meruap ditentukan oleh tekanan wap tepu agen meruap, suhu dalam pengewap, nisbah pecahan, luas permukaan untuk pengewapan serta ciri aliran dan isi padu agen meruap di dalam ruang pengewap. Contohnya, pengewap Fluoetec.
volatile oilminyak meruapHerbaFitokimiaMinyak bukan lemak yang mempunyai bau dan rasa yang kuat, biasanya menyamankan. Minyak meruap boleh didapati daripada bunga, atau bahagian lain pokok melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim. Terpena merupakan komponen utama minyak meruap di samping campuran aldehid, asid atau alkohol. Terpena lebih mudah diruapkan berbanding minyak sayuran dan diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, sesetengahnya mempunyai nama eksotik seperti bois-de-rose, minyak neroli, minyak ylang-ylang, minyak ros otto dan patchouli. Minyak meruap juga digunakan dalam minyak wangi, bahan pewangi dan perasa makanan. Minyak turpentin pula digunakan sebagai pelarut dan penipis cat. Sinonim minyak pati.
mixed liquor suspended volatile solidlikuor campuran pepejal terampai meruapKejuruteraanTiadaBahagian daripada likuor campuran pepejal terampai yang meruap apabila dipanaskan kepada 60°C.Bahagian meruap ini terdiri daripada bahan organik dan menunjukkan biojisim yang wujud dalam tangki pengudaraan.
volatile suspended solids (VSS)pepejal terampai meruapKejuruteraanTiadaBahagian pepejal terampai yang meruap dan boleh ditentukan dengan membakar pepejal tersebut pada suhu 550°C dalam relau redam. Kehilangan berat akibat pembakaran merupakan jumlah pepejal terampai meruap.
agent specific vapourizerpengewap agen spesifikPerubatanTiadaKategori alat tertentu yang digunakan untuk meruap agen tertentu. Contohnya, alat pengewap agen meruap halotana hanya digunakan untuk agen halotana, manakala alat pengewap agen meruap isoflurana hanya digunakan untuk agen isoflurana.
volatile anaesthetic agentagen anestetik meruapPerubatanTiadaAgen anestetik berbentuk cecair mudah meruap yang digunakan untuk menginduksi pesakit secara inhalasi dan untuk penyelenggaraan anestesia umum. Contohnya, desflurana, sevoflurana, isoflurana dan halotana.
volatile oil reservoirreservoir minyak meruapKejuruteraanTiadaReservoir minyak yang banyak mengandungi komponen mudah meruap.
medium-volatile bituminousbatu arang bitumen meruap sederhanaGeologiTiadaBatu arang berbitumen yang terdiri daripada 23-31% bahan meruap.
volatile fatty acidsasid lemak meruapKejuruteraanTiadaAsid lemak dengan berat molikul rendah seperti asid asetik dan asid propionik yang boleh meruap pada keadaan atmosfera dan dihasilkan semasa penguraian anaerobik enap cemar kumbahan dan sisa organik.
high-volatile coal-bituminousbatu arang bitumen meruap tinggiGeologiTiadaBatu arang bitumen yang terdiri daripada lebih 31% jirim mudah meruap.
12345678910...

Kembali ke atas