Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automationautomasiEkonomiTiadaPenggunaan alat mekanik dan elektronik yang maju, seperti komputer, mesin kira, mesin pendua, dan robot, yang boleh membantu mempercepat proses sesuatu pengeluaran. Automasi meningkatkan daya pengeluaran dan mungkin mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Automasi merupakan kesan daripada kemajuan teknologi.
cell repair machinemesin baiki selFizikNanoteknologiSatu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan.
cash recycling machine (CRM)mesin kitar semula tunaiPerbankanTiadaMesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai. Mesin ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran tunai dengan lebih mudah.
machine consciousnesskesedaran mesinTeknologi MaklumatTiadaPercubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat.
rotor ordertertib rotorTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKedudukan permulaan bagi setiap rotor yang terkandung dalam mesin sifer penyulitan mekanikal seperti mesin Enigma. Kedudukan ini akan menentukan dan mengubah teks sifer yang terhasil daripada penggantian teks biasa yang ditaip pada mesin sifer tersebut. Tertib setiap rotor boleh diubah pada setiap sesi komunikasi sulit untuk menggagalkan usaha penyahsulitan oleh pemintas mesej. Walau bagaimanapun, penghantar dan penerima mesej mesti bersetuju atas tertib rotor yang sama untuk memastikan yang mesej boleh disampaikan dengan betul.
press machinemesin tekanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin untuk menekan dan/atau melipat logam
machine intelligencekecerdasan mesinTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah.
bamboo splitter machinemesin pembelah buluhBuluhTiadaMesin untuk membelah buluh bulat yang mempunyai pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan.
open knife machinemesin pemotong awalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin untuk memotong bahagian awal kepingan logam yang dibentang untuk membuang bahagian yang rosak.
T stud machinemesin stad TKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin untuk melekatkan stad pada bahagian atas rangka pintu luar supaya pelengkung plastik dapat dipasang.
123456789

Kembali ke atas