Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
main roombilik utamaUmumTiadaBilik mesyuarat utama bagi sesuatu mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian.
breakout roombilik sampinganUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan daripada bilik utama dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu sama ada mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian. Bilik sampingan membolehkan peserta bertemu dalam kumpulan yang lebih kecil dan membincangkan isu-isu tertentu dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama.
virtual meeting fatiguelesu mesyuarat mayaPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan individu yang letih dan lesu upaya disebabkan penggunaan platform komunikasi maya secara berlebihan, terutamanya yang melibatkan mesyuarat secara dalam talian yang menggunakan aplikasi tertentu.
parallel roombilik selariUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan kepada kumpulan peserta yang lebih kecil bagi membincangkan isu-isu tertentu dan membuat ketetapan bersama dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama. Bilik selari adalah sama dengan konsep sidang pleno.
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
breakout meetingmesyuarat kelompokPelanconganTiadaPerbincangan yang diadakan secara berkumpulan untuk membicarakan sesuatu isu.
pre-conference meetingmesyuarat prasidangPelanconganTiadaPerbincangan yang diadakan sebelum bermulanya persidangan.
Settlement Executive Council of a SettlementMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri SelatUndang-undangTiadaTiada
Order of the King in CouncilPerintah Raja dalam Majlis MesyuaratUndang-undangTiadaTiada
convention tourismpelancongan konvensyenPelanconganTiadaPercutian bercirikan mesyuarat perniagaan atau profesional dan biasanya melibatkan jumlah peserta yang ramai.
123

Kembali ke atas